Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang menarik mengenai tanah air tercinta ini adalah Malaysia mempunyai kadar penembusan yang tinggi untuk penggunaan peranti mudah alih. Menyedari potensi pertumbuhan ini, Facebook kini telah membuka cawangan pejabat tempatan bagi membantu perniagaan di Malaysia.

Antara statistik menarik yang dikongsikan mereka termasuklah statistik pengguna Facebook di Malaysia. Dari 18 juta pengguna bulanan di Malaysia, 13 juta telah mengikuti (Like) halaman Facebook Pages. Malah 90% dari pengguna Facebook di Malaysia mengakses menggunakan peranti mudah-alih. Pengguna Facebook di Malaysia juga lebih suka meluangkan masa di Facebook berbanding menonton televisyen. Pengguna tempatan juga meluangkan masa sekitar 187 minit untuk menggunakan Facebook.

Facebook Malaysia - IMG_8928 Facebook Malaysia - IMG_8934 Facebook Malaysia - IMG_8935

Kesemua statistik diatas merupakan motivasi utama Facebook untuk bertapak di Malaysia. Pihak Facebook dalam berkongsi mengenai perancangan mereka untuk pasaran tempatan, turut menerangkan yang mereka akan membantu mengembangkan perniagaan tempatan dari segi pemasaran digital. Terdapat banyak jenama besar tempatan yang menggunakan Facebook sebagai saluran utama antaranya Honor Malaysia, Malaysia Airlines, 11Street dan juga Zawara.

Dengan pengumuman ini, Facebook juga akan turut menyediakan beberapa perkhidmatan tambahan untuk pasaran tempatan antaranya Facebook Blueprint iaitu kelas pembelajaran mengenai perkhidmatan yang disediakan Facebook dan juga Facebook At Work iaitu rangkaian media sosial untuk perusahaan yang telahpun digunakan oleh syarikat kejuruteraan IJM. Mungkin kita boleh lihat lebih banyak aktiviti dan kegiatan yang diadakan Facebook untuk pasaran tempatan.

Facebook Malaysia - IMG_8957 Facebook Malaysia - IMG_8954

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd