(Ura-Ura) YouTube Akan Melancarkan Unplugged – Perkhidmatan Penstriman TV Atas Talian

(Ura-Ura) YouTube Akan Melancarkan Unplugged – Perkhidmatan Penstriman TV Atas Talian

Diterbitkan pada Mei 5, 2016 oleh .

Dengan kepopularan perkhidmatan penstriman video berbayar seperti Netflix dan iFlix, semakin ramai pengguna menghentikan langganan kepada TV kabel berbayar. Bayaran bulanan yang lebih murah dan tiada keperluan membeli set top box adalah antara sebab mengapa perkhidmatan TV kabel dan satelit menjadi semakin kurang popular. YouTube kini dikatakan sedang membangunkan perkhidmatan penstriman TV berbayar yang dikenali sebagai Unplugged. Ia dijangka memulakan operasi seawal 2017.

youtube-goes-down-but-server-error-gets-fixed-quickly-8bb4ae8a43Ini bukanlah kali pertama ura-ura ini muncul dan sudah didengari sejak 2012. Menerusi Unplugged, saluran TV yang dahulunya eksklusif pada perkhidmatan TV berbayar boleh distrim melalui Internet. Youtube dikhabarkan sedang berbincang dengan NBCUniversal, Viacom Inc, Twenty-First Century Fox Inc dan CBS Corp untuk mendapatkan hak penyiaran.

Sebagai pelanggan perkhidmatan TV satelit berbayar, kami mahukan perkhidmatan seperti Unplugged untuk sekian lama. Kami hanya mahu melanggan saluran bola sepak yang kami tonton pada hujung minggu, Malang sekali pakej mini seperti yang kami dambakan tidak ditawarkan. Sebaliknya kami terpaksa melanggan kepada beberapa pakej saluran lain yang tidak ditonton kerana tiada masa terluang pada harga yang mahal. Jika Unplugged menjadi realiti kelak, kami yakin monopoli yang sedia ada akan akhirnya terhapus sekaligus membawa kepada kos langganan lebih kompetitif.


TIPS & ULASAN