Cari @ Amanz

Huawei hari ini telah memperkenalkan Huawei P9 untuk pasaran Asia Tenggara, dan bersama-sama dengannya, mereka turut memperkenalkan dua lagi variasi peranti berkenaan, iaitu Huawei P9 Plus dan juga Huawei P9 Lite.

Perkara ini sekaligus membawa kepada persoalan sama ada ketirisan info sebelum ini berkenaan dengan Huawei P9 Max adalah benar atau sebaliknya.

Huawei SEA

Bercakap mengenai perkara ini, wakil Huawei mengatakan tiada Huawei P9 Max, dan mereka hanya memfokuskan kepada tiga peranti ini sahaja dibawah keluarga Huawei P9. Huawei mengatakan mereka sering membangunkan dan menguji pelbagai peranti, tetapi produk akhir yang dipasarkan mungkin berbeza dan ada sesetengahnya yang tidak dipasarkan sama sekali.

Keluarga Huawei P9

Huawei P9 merupakan telefon pintar terkini daripada Huawei dengan skrin bersaiz 5.2-inci dan penawaran dwi-kamera. Huawei P9 Lite pula menawarkan rekaan dan beberapa ciri-ciri seumpama Huawei P9, tetapi dengan spesifikasi rendah dan tiada dwi-kamera.

Huawei P9 Plus pula menggunakan skrin AMOLED, dan hadir dengan sokongan skrin sensitif tekanan (force-touch), seumpama pada Apple, dan turut menyertakan sokongan pengecasan pantas dan skrin bersaiz 5.5-inci.

Ketiga-tiga peranti ini bakal dilancarkan di Malaysia sekitar penghujung bulan Mei ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd