Cari @ Amanz

Terdapat pelbagai aplikasi perbankan yang wujud untuk pengguna tempatan. Salah satu bank tempatan yang mempunyai aplikasi ialah Bank RHB dan kini mereka mengemaskini aplikasi RHB Now, membolehkan pengguna menghantar wang ke sesiapa sahaja tanpa memerlukan nombor akaun menerusi fungsi RHB Pay Anyone.

Bagi melaksanakan pemindahan wang RHB Pay Anyone, pengguna hanya perlu mempunyai maklumat penerima seperti nama penuh, alamat emel, malahan maklumat Facebook boleh digunakan. Pengguna juga boleh memindahkan wang kepada penerima meskipun penerima tidak mempunyai akaun RHB. Pemindahan antara pengguna dan penerima memerlukan kedua-duanya menggunakan aplikasi RHB Now. Pengesahan menerusi aplikasi akan dilakukan pada kedua-dua belah pihak.

RHB Now - IMG_9003 RHB Now - IMG_9006

Setelah pemindahan dilakukan, penerima juga boleh memilih untuk cara penerimaannya. Caj sebanyak 53 sen akan dikenakan untuk pemindahan wang. Selain dari fungsi pembayaran RHB Pay Anyone, aplikasi RHB Now turut memberikan promosi diskaun dan kupon menarik sekaligus memberi lebih nilai kepada pengguna.

Fungsi RHB Pay Anyone juga terdapat untuk perbankan RHB Now pada laman web dan dengan cara pemindahan wang sebegini aplikasi ini semestinya memudahkan pemindahan wang sekaligus melestarikan transaksi pembayaran atas talian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd