Ini Mungkin Adalah Harga Jualan Anggaran Untuk Siri Huawei P9 Di Malaysia

Ini Mungkin Adalah Harga Jualan Anggaran Untuk Siri Huawei P9 Di Malaysia

Diterbitkan pada Mei 5, 2016 oleh .

Huawei hari ini telah mengadakan acara khusus untuk memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dari siri P9, iaitu Huawei P9, Huawei P9 Lite dan Huawei P9 Plus. Ketiga-tiganya bakal memasuki pasaran tempatan sekitar penghujung Mei ini.

Huawei P9

Bersama-sama pengenalan peranti siri P9 ini, Huawei turut mengadakan acara khusus untuk para pengedar dalam memperlihatkan produk terbaru mereka, dan kini dilihat turut telah berkongsi harga jualan peranti berkenaan.

Daripada perkongsian pihak DirectD yang turut hadir ke acara sama, Huawei dilihat memberikan harga jualan anggaran untuk Huawei P9 Lite sekitar RM999, Huawei P9 pada harga RM2099 dan Huawei P9 Plus pada harga RM2599.

Huawei P9 Lite

Huawei P9 Lite merupakan versi telefon pintar berspesifikasi rendah tetapi menawarkan rekaan seumpama Huawei P9. Ia menggunakan skrin bersaiz 5.2-inci, cip pemprosesan Kirin 650, memori 3GB RAM, dan bateri berkapasiti 3000mAh.

Huawei P9

Huawei P9 pula akan menjadi produk utama yang difokuskan oleh Huawei untuk penjualan. Ia hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci, dilengkapi cip Kirin 955, memori dalam piliharn 3GB atau 4GB RAM, dan menggunakan ruangan mikro-USB. Turut menjadi fokus utama Huawei P9 adalah penggunaan dwi-kamera pada bahagian belakang dengan penjenamaan Leica.

Huawei P9 Lite

Huawei P9 Plus pula untuk mereka yang inginkan peranti bersaiz sedikit besar, iaitu dengan skrin bersaiz 5.5-inci, cip pemprosesan Kirin 955, memori 4GB RAm, bateri berkapasiti 3400mAh, dan turut menggunakan kamera seperti Huawei P9. Membezakannya selain skrin besar adalah penggunaan skrin Press Touch yang menawarkan skrin sensitif tekanan seumpama pada iPhone 6S.

Harga Jualan Anggaran
Huawei P9 Lite ~RM999
Huawei P9 ~RM2099
Huawei P9 Plus ~RM2599

Bertanyakan mengenai ketirisan harga ini, pihak Huawei mengatakan ia bukanlah harga akhir dan bergantung kepada kadar tukaran mata wang semasa – apatah lagi pada minggu ini mata wang Malaysia sedikit jatuh berbanding mata wang Amerika Syarikat.

Huawei Malaysia dijangka melancarkan peranti ini untuk pasaran tempatan sekitar penghujung Mei ini.


TIPS & ULASAN