Cari @ Amanz

Netflix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video, dan disebabkan olehnya, ia menggunakan kuantiti data yang sangat tinggi jikalau dibandingkan dengan pelayaran web, atau melihat gambar di Instagram sebagai contohnya.

Netflix sebelum ini hanya sekadar menawarkan paparan video pada kualiti yang sangat baik pada peranti mudah-alih, sekaligus menjadikan ia kurang digemari oleh sejumlah pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan Netflix bersama-sama data selular.

Kini, menyedari perkara berkenaan, Netflix telah pun memperkenalkan fungsi yang dijanjikan mereka, iaitu kebolehan mengawal data yang digunakan pada peranti mudah-alih.

Netflix Data Usage

Pada halaman tetapan, anda yang menggunakan aplikasi Netflix boleh memilih penggunaan data sama ada rendah, pertengahan ataupun tinggi. Netflix menganggarkan sebanyak 4 jam tontonan untuk setiap 1GB pada kadar rendah, 2 jam untuk 1GB pada kadar pertengahan, dan 1 jam untuk 1GB pada kadar tinggi.

Bagi anda yang menggunakan Netflix pada peranti Android atau iPhone, anda boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menggunakan fungsi baru yang dibawakan oleh Netflix ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd