HTC Hadir Dengan One M9 Prime Camera Edition Untuk Pasaran Eropah
HTC

HTC Hadir Dengan One M9 Prime Camera Edition Untuk Pasaran Eropah

Diterbitkan pada Mei 6, 2016 oleh .

HTC pada tahun ini telah memperkenalkan HTC 10, tetapi pada masa yang sama turut hadir dengan beberapa variasi HTC One M9. Sebelum ini kita telah melihat mereka memperkenalkan HTC One S9, dan kini mereka hadir pula dengan HTC One M9 Prime Camera Edition.

HTC One M9e

HTC One M9 Prime Camera Edition menawarkan rekaan yang sama seperti HTC One M9 pada tahun 2015 lepas, tetapi menyertakan perubahan pada bahagian kamera, dan beberapa spesifikasi dalaman.

Ia kini hadir dengan cip pemprosesan MediaTek Helio X10, memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB. Pada bahagian kamera, kini ia hadir dengan kamera 13-megapixel dengan lensa f/2.0 dan sokongan penstabilan imej optikal.

Secara kasar, HTC One M9 Prime Camera Edition ini dilihat menawarkan apa yang dibawakan oleh HTC One M9e untuk pasaran China.

Pengenalan ini juga menjadikan kini terdapat beberapa variasi dibawah keluarga HTC One M9, termasuk HTC One M9+ yang telah diperkenalkan sebelum ini dengan kamera 21-megapixel.


TIPS & ULASAN