Cari @ Amanz

Ramai merasakan kita kini hidup di zaman pasca PC. Ini tidak menghalang pengeluar komputer riba No 1 di Malaysia untuk melancarkan tiga komputer riba baru dari keluarga ThinkPad X1. Kita mulakan terlebih dahulu dengan komputer tahan lasak Lenovo ThinkPad X1 Yoga.  Komputer riba 14″ empat dalam satu ini diperkasakan oleh pemproses Intel Core i7 vPro, RAM sehingga 16 GB dan muatan dalaman SSD sehingga 512 GB.

Lenovo Thinkpad X1 Yoga20160506_114826Kesemua ini dimasukkan ke dalam kerangka yang hanya sebesar 1.27 Kilogram. Komputer riba ini turut dlengkapi dengan stylus yang menggunakan teknologi Wacom. Pada waktu sama terdapat tempat simpanan khas untuk stylus pada kerangka bagi mengurangkan kebarangkalian ianya hilang ataupun lupa dibawa. Akhir sekali komputer riba ini memenuhi spesifikasi ketahanan MIL-STD 810G bagi menahan hentakan sekiranya ianya terhempas ke lantai. Harga jualan ialah RM 9799 sebuah.

Lenovo Thinkpad X1 Carbon20160506_114442Seterusnya ialah Lenovo ThinkPad X1 Carbon dengan skrin 14″, diperkasakan pemproses Intel Core i7 vPro, RAM sehinga 16 GB dan muatan dalaman SSD sehingga 512 GB.  Sesuai dengan nama Carbon, komputer riba ini dibina menggunakan bahan gentian karbon bagi memberikannya berat maksimum 1.2 Kilogram. Ketahanan bateri 52WHr yang disertakan ialah sekitar 11 jam. Akhir sekali ThinkPad X1 Carbon turut dilengkapi sistem imbasan cap jari kepada mereka yang memerlukan sistem keselamatan biometrik.Harga jualan bermula dari RM 7000 sebuah.

Lenovo Thinkpad X1 Tablet20160506_114658Lenovo ThinkPad X1 Tablet pula ialah jawapan kepada Surface oleh Lenovo. Tablet ini mempunyai pelbagai aksesori modular bagi memberikan pelbagai fungsi menarik. Terdapat modul bateri tambahan, projektor, papan kekunci dan sistem kamera Intel RealSense 3D. Ia dilengkapi skrin 12″, diperkasakan pemproses Intel Core m7 vPro, RAM sehingga 16 GB, dan muatan dalaman sehingga 512 GB. Terdapat kamera utama sebesar 8 MP pada bahagian belakang dan 2 MP pada bahagian hadapan. Bateri yang disertakan mampu bertahan sehingga 10 jam. Dengan modul bateri tambahan yang dijual berasingan, hayat penggunaan X1 Tablet boleh ditambah sebanyak 5 jam. Harga jualan X1 Tablet ialah RM6699. Harga jualan untuk model tambahan masih belum kami terima buat masa ini.

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd