Cari @ Amanz

Xiaomi pada tahun lepas telah memperkenalkan sebuah kamera aksi seumpama GoPro yang hadir daripada anak syarikat mereka, Yi Technologies. Kini, melangkah kehadapan, Xiaomi Yi Camera 2 bakal diperkenalkan dan dilihat akan memfokuskan kepada sokongan 4K yang akan disertakan padanya.

Xiaomi Yi Camera 4K

Melalui perkongsian yang dibuat, Yi Camera 2 ini bakal menyertakan kamera 12.35-megapixel daripada Sony – iaitu berasaskan kepada sensor IMX206. Yi Camera 2 turut akan menyertakan sebuah skrin bersaiz 2.19-inci untuk pengguna melihat hasil rakamannya.

Yi Camera 2 ini akan menggunakan bateri berkapasiti 1400mAh – menawarkan masa rakaman sehingga 110 minit untuk video 4K. Seperti biasa, ia dijangka hadir dengan sokongan tahan lasak bagi merakamkan pelbagai aksi-aksi anda ketika melakukan pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan.

Xiaomi Yi Camera 2 ini dijangka diumumkan pada 12 Mei 2016 kelak – beberapa hari selepas pengumuman Xiaomi Mi Max.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd