Microsoft Tidak Lagi Akan Memaparkan Notifikasi Kemaskini Windows 10 Selepas 29 Julai

Microsoft Tidak Lagi Akan Memaparkan Notifikasi Kemaskini Windows 10 Selepas 29 Julai

Diterbitkan pada Mei 6, 2016 oleh .

Microsoft pada awal pagi tadi telah pun mengumumkan mereka akan berhenti menawarkan Windows 10 secara percuma untuk pengguna Windows 7 dan Windows 8 selepas 29 Julai kelak. Bersama-sama dengannya, mereka juga akan mula menghentikan paparan notifikasi untuk pengguna mengemaskini ke Windows 10.

Windows-10-pop-up

Untuk pengguna Windows 7 dan Windows 8.1 sedia ada, salah satu perkara yang mungkin kurang digemari adalah paparan notifikasi yang sering hadir untuk menaik-taraf ke Windows 10. Ada beberapa pengguna yang masih kekal menggunakan Windows 7, dan begitu tidak mengemari paparan notifikasi ini.

Pada hari ini, terdapat beberapa perisian pihak ketiga yang menghalang paparan berkenaan. Namun, selepas 29 Julai kelak, mungkin anda sudah tidak memerlukannya lagi memandangkan pihak Microsoft sendiri akan menghentikan paparan berkenaan.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, Microsoft mengalakkan pengguna mengemaskini ke Windows 10 untuk kekal menggunakan teknologi baru yang berkembang pesat dari hari ke hari.


TIPS & ULASAN