Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S7 dan S7  Edge kedua-duanya mempunyai tahap kalis air IP68. Ini meletakkannya setanding dengan Sony Xperia Z5 dam pemilik tidak perlu risau peranti mereka akan mengalami kerosakan sekiranya ia terjatuh ke dalam kolam. Tetapi tahap kalis air ini mungkin masih belum memadai bagi pengguna yang menjalani hidup yang lebih aktif. Peranti yang lebih tahan lasak diperlukan dan oleh sebab itu Samsung dikatakan telah membangunkan Samsung Galaxy S7 Active. Gambar peranti ini tertiris ke arena web dan jelas sekali ia nampak jauh lebih tahan lasak.

Galaxy-S7-Active-1Seperti Galaxy S6 Active sebelum ini, spesifkasi S7 Active tidak banyak berbeza berbanding edisi S7 biasa. Perubahan hanya dilakukan pada kerangka yang kini lebih tahan lasak dengan bahan bergetah. Pada bahagian dagu, tiga butang navigasi fizikal digunakan. Panel kaca pada bahagian belakang ditukar kepada bahan polikarbonat dengan rekaan celoreng ketenteraan. Peranti ini diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 820 dan berkemungkinan besar dilengkapi bateri yang lebih besar daripada 3600 mAh yang digunakan pada S7 biasa.

Galaxy-S7-Active--3

Galaxy-S7-Active-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd