Trailer Battlefield 1 Diperlihatkan – Berlatar Belakangkan Perang Dunia Pertama

Trailer Battlefield 1 Diperlihatkan – Berlatar Belakangkan Perang Dunia Pertama

Diterbitkan pada Mei 7, 2016 oleh .

Trailer untuk Battlefield 1 diperlihatkan hari ini oleh Dice dan EA. Berbeza dengan Call of Duty Infinite Warfare, Battelfield ialah permainan yang berlatar belakangnya Perang Dunia Pertama. Antara yang dapat dilihat di dalam trailer ini ialah perang udara menggunakan pesawat dwi-sayap, peperangan dengan kereta kebal Mark I dan kapal belon udara gergasi Zappelin.

Sebagai pemain genre FPS yang sudah bosan dengan perang “futuristik” yang diperlihatkan oleh COD, Battlefield 1 mengembalikan semula minat kami kepada siri yang kali terakhir kami mainkan lebih 10 tahun yang lalu. Apa pula pendapat anda? Adakah menggunakan latar belakang Perang Dunia Pertama ini langkah yang bijak oleh EA? Nantikan kemunculannya 21 Oktober hadapan pada PC, PlayStation 4 dan Xbox One.


TIPS & ULASAN