Asus Akan Mengadakan Acara Zenvolution Pada 30 Mei Hadapan

Asus Akan Mengadakan Acara Zenvolution Pada 30 Mei Hadapan

Diterbitkan pada Mei 7, 2016 oleh .

Adakah anda peminat peranti Zenfone keluaran Asus? Sekiranya anda menantikan model terkini Zenfone 3, anda boleh menandakan 30 Mei ini sebagai hari penantian anda akan berakhir. Asus dijangka akan memperlihatkan telefon pintar terkini mereka pada hari tersebut selari dengan acara Computex di Taiwan.

Zenfone 3Selain Zenfone 3, peranti lain yang mungkin akan diperlihatkan ialah jam tangan pintar ZenWatch, tablet ZenPad dan komputer riba ZenBook. Terdapat juga ura-ura Asus mungkin akan memperlihatkan peranti realiti maya mereka pada acara ini. Kami akan melaporkan secara langsung dari Computex hujung bulan ini. Untuk maklumat terkini mengenai peranti-peranti  baru yang diperkenalkan kelak, teruskan bersama Amanz.


TIPS & ULASAN