West Ham United Menjadi Kelab EPL Pertama Yang Menandatangani Pemain E-Sukan Rasmi

West Ham United Menjadi Kelab EPL Pertama Yang Menandatangani Pemain E-Sukan Rasmi

Diterbitkan pada Mei 7, 2016 oleh .

West Ham United, salah satu kelab bola sepak popular di EPL hari ini telah pun menandatangani pemain rasmi pertama untuk e-sukan, iaitu Sean Allen atau turut dikenali dengan nama Dragonn.

West Ham United

Sean Allen sebelum ini merupakan naib johan untuk pertandingan 2016 FIFA Interactive World Cup. Dengan bermain dibawah West Ham United, selepas ini Sean Allen akan memakai jersi kelab berkenaan ketika menyertai sebarang perlawanan atau pertandingan FIFA.

Seperti ramai sedia maklum, arena e-sukan telah menjadi salah satu arena yang difokuskan oleh ramai pihak, dan dijangka akan menjadi salah satu industri utama dalam beberapa tahun akan datang. Dengan kelab EPL yang telah mula menandatangani pemain rasmi e-sukan mereka, mungkin kita akan melihat lebih ramai yang mengikut jejak langkah sama – sekaligus menjadikan arena ini lebih kompetitif berbanding sebelumnya.


TIPS & ULASAN