Nvidia GeForce GTX 1080 dan GTX 1070 Dilancarkan – Harga Bermula Dari RM 1550

Nvidia GeForce GTX 1080 dan GTX 1070 Dilancarkan – Harga Bermula Dari RM 1550

Diterbitkan pada Mei 7, 2016 oleh .

Apakah yang membezakan platform PC dengan platform konsol? Kualiti grafik yang lebih tinggi dan resolusi yang melangkaui HD penuh. Bagi mendapatkan kualiti grafik yang tertinggi ini anda memerlukan kad grafik yang paling berkuasa di pasaran. Nvidia hari ini melancarkan kad grafik terkini mereka iaitu GeForce GTX 1080 dan GTX 1070. Kedua-duanya dihasilkan menggunakan teknologi pemprosesan 16nm FinFet yang memastikan GPU yang bukan sahaja lebih pantas, tidak memerlukan kuasa yang tinggi udan jauh berfungsi sejuk berbanding kad grafik lain sebelum ini.

Geforece-GTX-1080-5GeForce GTX 1080 adalah lebih berkuasa berbanding dua kad GTX 980 yang berfungsi secara SLI. GTX 1080 dan 1070 juga lebih berkuasa dari GTX Titan X yang sebelum ini menjadi kad grafik paling berkuasa pernah dihasilkan Nvidia. GTX 1080 turut mempunyai pemproses yang berfungsi pada 1607 MHz dengan 2560 teras CUDA dan RAM sebesar 8 Gigabyte DDR5X. Di atas kertas GTX 1080 mempunyai kuasa memproses sebanyak 9 TFLOPS manakala GTX 1070 pula mempunyai kuasa memproses sebanyak 6.5 TFLOPS. Dari segi pilihan sambungan pula kedua-dua kad dilengkapi 3  Display Port 1.4, 1 HDMI 2.0 dan 1 port DVI.

Geforece-GTX-1080-3Harga jualan kad grafik ini adalah lebih mengejutkan dari kemampuan memprosesnya yang tinggi. Untuk edisi biasa GTX 1080 dijual pada harga $599 (~RM 2360) manakala versi Founders Edition dijual pada harga $699 (~RM 2800). GTX 1070 edisi biasa pula dijual pada harga $379 (~RM 1515) manakala versi Founders Edition dijual pada harga $449 (~RM 1795). Harga jualan GTX 1070 biasa ini adalah jauh lebih murah berbanding GTX Titan X yang dijual pada harga bermula $999 (~RM 4000). Harus diingat kemampuan memproses GTX 1070 adalah lebih baik berbanding  GTX Titan X. Masa untuk mengumpul duit kerana kad grafik berkuasa amat tinggi ini dijual pada harga boleh dikategorikan sebagai mampu milik.

Geforece-GTX-1080-4


TIPS & ULASAN