Carian
Pemalam Adblock Dan Adblock Plus Diterbitkan Pada Windows Store Untuk Pelayar Microsoft Edge
May 7, 2016 Aman

Pembangun pemalam penghalang iklan popular, Adblock dan Adblock Plus telah menyatakan sebelum ini yang mana mereka akan menawarkan pemalam khusus untuk pelayar web terbaru Microsoft, iaitu Microsoft Edge. Kini, ia dilihat mereka telah pun sedia menerbitkan pemalam berkenaan pada Windows Store.

Pemalam ini masih tidak boleh digunakan oleh semua pengguna Windows 10, sebaliknya hanya boleh diuji oleh pengguna Windows Insider sahaja buat masa ini. Pengguna umum hanya boleh menggunakannya selepas kemaskini Windows 10 Anniversary Update diperkenalkan dalam beberapa bulan lagi yang menawarkan sokongan pemalam ke Microsoft Edge.

Adblock Plus

Bagi yang tidak mengetahui akan mengenai pemalam ini, kedua-dua AdBlock dan Adblock Plus ini dibangunkan oleh syarikat berbeza, tetapi memfokuskan kepada membolehkan pengguna menghalang iklan yang menganggu ketika melayari web, sekaligus menjadikan pengalaman pelayaran web lebih pantas berbanding kebiasaan.

Komen