Cari @ Amanz

Terdapat beberapa aplikasi al-Quran untuk peranti mudah-alih hari ini, dan terkini, salah satu aplikasi terbaru yang telah diterbitkan di Google Play Store adalah Quran Companion yang memfokuskan kepada memudahkan para pengguna menghafal ayat al-Quran terus melalui peranti mudah-alih.

Quran Companion

Quran Companion menawarkan antaramuka yang kemas, dan ditawarkan untuk pengguna Android buat masa ini. Pembangunnya menyasarkan untuk memperkenalkan aplikasi sama untuk pengguna iPhone sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Menggunakan Quran Companion, pengguna boleh membuat profil tersendiri, dan menggunakan ia untuk menghafal ayat al-Quran. Ia berfungsi dengan menggunakan kaedah swipe, dimana selepas membaca dan mulakan hafalan, pengguna boleh menyembunyikan sementara ayat yang ingin dihafal, dan swipe untuk melihatnya dan menghilangkannya.

Quran Companion

Quran Companion

Aplikasi ini boleh dikatakan masih pada fasa pengenalan. Pembangunnya turut bercadang memperkenalkan sokongan kumpulan dan cabaran pada aplikasi berkenaan dalam menjadikan proses hafalan lebih interaktif dan pada masa yang sama bertukar pendapat dengan rakan-rakan lain.

Aplikasi ini turut hadir dengan penawaran penggunaan seminggu secara percuma, dan pengguna boleh mendapatkan akses sepanjang hayat pada harga $9.99.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda boleh memuat-turun dan mencuba sendiri aplikasi Quran Companion dalam memudahkan anda menghafal sesuatu surah di ayat al-Quran.

Quran Companion

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd