Nvidia Ansel Membolehkan Gambar 3D Realiti Maya Diambil Mengikut Kehendak Pemain

Nvidia Ansel Membolehkan Gambar 3D Realiti Maya Diambil Mengikut Kehendak Pemain

Diterbitkan pada Mei 8, 2016 oleh .

Mengambil gambar aksi yang berlaku ketika di dalam sesi permainan bukanlah idea yang baru. Ia sedah wujud bertahun lamanya tetapi lebih mudah dilakukan pada konsol. Di PlayStation 4 wujud butang khas untuk memuat naik gambar terus ke media sosial. Gambar yang walaubagaimanapun terhad kepada kamera yang ditetapkan oleh permainan. Hanya beberapa permainan menyokong Photo Mode yang membolehkan kamera digerakkan mengikut kehendak pemain sebelum gambar diambil.

Nvidia Ansel 1Semasa majlis pelancaran Nvidia GeForce GTX 1080 dan GTX 1070 semalam,aplikasi kamera Nvidia Ansel turut diperlihatkan. Aplikasi ini terbina di dalam driver GeForce dan apabila diaktifkan membenarkan fungsi seakan Photo Mode PlayStation 4 pada platform PC. Permainan akan terhenti seketika apabila Ansel diaktifkan. Pengguna kemudian boleh menggerakkan kamera secara bebas untuk menangkap gambar.

Pelbagai parameter kamera dan filter boleh digunakan bagi menghasilkan gambar screenshot terbaik. Gambar yang diambil mempunyai resolusi maksimum 4.5 Gigapixels (61,440 x 34,560 pixel). Paling menarik ia turut boleh mengambil gambar di dalam mod 3D realiti maya yang boleh ditonton menggunakan peranti realiti maya seperti Cardboard. Ini dilakukan menerusi aplikasi Ansel oleh Nvidia untuk Android.

Nvidia Ansel 3Untuk menggunakan Ansel, permainan sedia anda perlu menyokong teknologi baru ciptaan Nvidia ini terlebih dahulu. Setakat ini Witcher 3 dan The Witness menyokong Ansel. Demo diperlihatkan oleh Jen Hsun Huang, CEO Nvidia semalam pada peranti Nexus 6P. Ini ialah evolusi yang menarik pada platform PC. Selari dengan permainan yang kini menyokong 3D realiti maya, teknologi mengambil gambar di dalam permainan juga harus berkembang mengikut keperluan industri.

Nvidia Ansel 2


TIPS & ULASAN