(Ura-Ura) Samsung Galaxy Note 6 Edisi Lite Akan Dihasilkan

(Ura-Ura) Samsung Galaxy Note 6 Edisi Lite Akan Dihasilkan

Diterbitkan pada Mei 8, 2016 oleh .

Peranti dengan pelbagai versi ialah perkara yang berlaku dengan agak kerap sejak kebelakangan ini. Sebagai contoh Xiaomi menghasilkan Mi Note dan Mi Note Pro dengan versi pro mempunyai spesifikasi yang lebih mantap. Kini kedengaran ura-ura Samsung Galaxy Note 6 akan hadir dengan edisi Lite. Note 6 Lite dikhabarkan akan mempunyai RAM sebesar 4 Gigabyte dan skrin 5.8″ beresolusi HD penuh.

Samsung Galaxy Note 5Ini berbeza dengan edisi Note 6 biasa yang dilengkapi RAM sebesar 6 Gigabyte dan skrin 5.8″ beresolusi QHD.  Dengan penawaran edisi Lite, mungkin Samsung mahu menghasilkan Note 6 yang lebih mampu milik berbanding edisi standard yang pastinya lebih mahal. Kedua-dua versi dijangka akan menggunakan pemproses Snapdragon 820. Maka di atas kertas perubahan yang dilakukan adalah kecil. Sekiranya ura-ura ini adalah benar, adakah anda berminat untuk memiliki edisi Lite? Kami secara peribadi merasakan RAM 4 Gigabyte dan skrin FHD adalah lebih dari memadai untuk kegunaan harian.


TIPS & ULASAN