Cari @ Amanz

Melalui WhatsApp, kita sering menerima gambar-gambar berbentuk meme, serta rakaman gambar lain yang mungkin anda tidak ingin meyimpan pada peranti anda. Kini, untuk memudahkan anda membuang gambar-gambar tersebut, salah satu aplikasi yang mungkin membantu anda adalah Magic Cleaner.

Magic Cleaner

Menggunakan Magic Cleaner, ia mengimbas galeri WhatsApp untuk memperlihatkan pelbagai gambar-gambar yang tidak berguna dan mungkin anda ingin padam. Magic Cleaner menggunakan teknologi kepintaran buatan tersendiri dalam memastikan apakah gambar yang mungkin anda ingin simpan dan juga sebaliknya.

Sebaik sahaja selesai mengimbas, ia akan memperlihatkan gambar-gambar yang mungkin anda ingin padam, dan anda boleh memadamnya dengan hanya satu tap dengan mudah.

Perkara ini juga sekaligus menjimatkan penggunaan ruangan storan dalam peranti anda.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda boleh memuat-turun aplikasi Magic Cleaner ini dan membuang pelbagai gambar-gambar yang tidak diperlukan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd