GoBear – Laman Perbandingan Insurans Dan Kad Kredit Dilancarkan Di Malaysia

GoBear – Laman Perbandingan Insurans Dan Kad Kredit Dilancarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada Mei 9, 2016 oleh .

Terdapat beberapa laman tempatan yang menawarkan perbandingan untuk perkhidmatan kewangan, dan terkini turut menyertai arena yang sama adalah GoBear. GoBear menawarkan kemudahan untuk para pengguna membuat perbandingan untuk perkhidmatan insuran dan juga kad kredit.

GoBear Malaysia

Melalui GoBear, kini pengguna boleh membuat perbandingan untuk perkhidmatan insuran percutian dan kad kredit. Pihak GoBear mengatakan perbandingan mereka tidak berat sebelah, dan memaparkan apa yang diperlukan oleh pengguna sebelum membuat keputusan untuk memohon kepada perkhidmatan berkenaan.

Buat masa ini, sebanyak lebih kurang 1000 produk kewangan tersenarai pada enjin carian perbandingan mereka, dan ia dikatakan akan terus ditambah dari hari ke hari.

GoBear turut mengatakan kelak mereka akan turut memperluaskan carian perbandingan mereka untuk perkhidmatan insuran kenderaan dan juga pinjaman peribadi dalam masa beberapa bulan lagi.

Layari : GoBear Malaysia


TIPS & ULASAN