Stesen radio pertama di dunia ialah KDKA yang memulakan operasi pada 2 November 1920. Stesen yang beroperasi dari Pittsburg Pennsylvania ini diiktiraf sebagai stesen radio pertama dan masih beroperasi sehingga hari ini. Masa yang diambil untuk stesen radio pertama wujud adalah agak lama selepas radio dicipta oleh Guglielmo Marconi pada tahun 1895.
Di Malaysia penyiaran radio dimulakan oleh A L Birch, seorang jurutera di Johor yang memulakan penyiaran sekitar tahun 1921. Stesen radio yang memancarkan rancangan dalam bahasa Melayu, Cina dan India pula dilakukan oleh Stesen ZHJ Persatuan Wireless Pulau Pinang pada tahun 1937. Stesen paling lama beroperasi ialah RTM yang muncul di udara pada 1 April 1946.
Terdapat banyak stesen radio di Malaysia sekarang yang memainkan pelbagai genre muzik. Kini giliran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pula mengendalikan stesen radio mereka sendiri iaitu MACC.FM. Stesen radio ini mula beroperasi sejak 2 Disember 2015 bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap bahaya rasuah dan masih di peringkat percubaan. Ia berhasrat mendidik pendengar tentang apakah yang jatuh di bawah takrifan rasuah dan usaha yang dilakukan oleh SPRM untuk membanteras aktiviti tidak bermoral ini. MACC.FM boleh dilayari menerusi laman web http://macc.fm ataupun menggunakan aplikasi Android serta iOS. Diharap usaha SPRM ini dapat membanteras gejala rasuah di negara kita.
- Muat Turun
- Aplikasi radio MACC.FM dari Google PlayStore
- Muat Turun
- Aplikasi radio MACC.FM dari Apple AppStore