Kini, Digi Turut Menawarkan 2GB Data Setiap Penghujung Minggu Untuk Pengguna Prabayar

Kini, Digi Turut Menawarkan 2GB Data Setiap Penghujung Minggu Untuk Pengguna Prabayar

Diterbitkan pada Mei 9, 2016 oleh .

Beberapa minggu lepas, kita telah melihat Maxis menawarkan data sebanyak 2GB setiap penghujung minggu – iaitu Sabtu dan Ahad sepanjang hayat. Kini, Digi turut mengikut jejak, dan menawarkan perkara sama kepada pelanggan prabayar mereka.

Digi Prepaid 8GB

Dengan penawaran 2GB setiap penghujung minggu ini, pengguna boleh menikmati 8GB sebulan secara percuma sepanjang hayat. Namun, penggunaan kuota data ini hanyalah terhad kepada rangkaian 4G LTE sahaja. Ini bermakna, pengguna perlu menggunakan telefon pintar 4G LTE, serta menaik-taraf kad SIM dengan sokongan rangkaian 4G LTE.

Promosi ini ditawarkan secara terhad oleh Digi, untuk pengguna Digi Smart Prepaid, Smart SE, Smart VP, Smart P2P, Smart MNP dan juga Smart Bundle. Pengguna perlu mendail *888*6# terlebih dahulu untuk mengaktifkannya, dan menikmati 2GB LTE setiap penghujung minggu.

Dikemaskini : Promosi ini hanya terhad untuk pelanggan baru sahaja.


TIPS & ULASAN