Land Rover Akan Menghasilkan Telefon Pintar Pada Tahun 2017

Land Rover Akan Menghasilkan Telefon Pintar Pada Tahun 2017

Diterbitkan pada Mei 9, 2016 oleh .

Telefon pintar dengan jenama kenderaan bukanlah perkara baru dan sudahpun dilakukan oleh Lamborghini dan Bentley. Peranti pintar mewah yang dihasilkan mereka dibina menggunakan kemasan berkualiti tinggi dan dipadankan dengan kemasan dalam kenderaan yang dipesan. Majoriti telefon pintar yang dihasilkan dijual pada harga luar mampu milik walaupun mempunyai spesifikasi yang rendah. Land Rover ialah sebuah lagi syarikat kenderaan yang mengumumkan akan menghasilkan telefon pintar mereka sendiri.

Land-Rover-Telefon-1Land Rover tidak akan membinanya sendiri sebaliknya tugas ini diberikan kepada Bullit. Ini ialah syarikat yang pernah bekerjasama dengan Caterpillar untuk menghasilkan telefon pintar tahan lasak untuk kegunaan industri pembinaan.Sebelum ini mereka pernah meminjamkan jenama Land Rover kepada tiga telefon pintar yang dihasilkan oleh Sonim. Telefon pintar baru mereka ini ialah yang pertama mengikut spesifikasi mereka dan akan mengintegrasikan sistem pintar yang kini digunakan pada kenderaan mereka. Maklumat tentang spesifikasi dan rekaan masih belum diketahui setakat ini. Apa yang diketahui hanyalah ia akan menggunakan sistem operasi Android dan mula dijual pada tahun 2017.


TIPS & ULASAN