Gambar Dikatakan Lenovo Moto X 2016 Tertiris

Gambar Dikatakan Lenovo Moto X 2016 Tertiris

Diterbitkan pada Mei 9, 2016 oleh .

Setelah diambil alih oleh Lenovo, ramai peminat peranti keluarga Moto risau ia akan dihentikan. Tetapi Lenovo mengesahkan mereka tiada perancangan untuk menghentikan penghasilan peranti-peranti ini. Sebaliknya mereka akan diberikan penjenamaan semula di bawah nama Lenovo Moto. Hari ini tiga keping gambar yang dikatakan adalah Lenovo Moto X 2016 tertiris.

Lenovo-Moto-X-2016-tertiris-1Dari apa yang anda boleh lihat rekaannya mempunyai banyak persamaan dengan Moto G yang juga tertiris gambarnya beberapa minggu yang lalu. Terdapat pengimbas cap jari berbentuk segi empat pada bahagian dagu. Rekaan kamera pula berbentuk bulat pada panel belakang dengan sistem flash pelbagai LED seperti yang dilihat pada Meizu Pro 6. Seperkara lagi terdapat sistem sambungan aksesori pada bahagian panel belakang seakan Smart Connector yang wujud pada iPad Pro. Pada hemat kami rekaan pengimbas cap jari yang digunakan adalah agak aneh. Apa  pula pendapat anda?


TIPS & ULASAN