Cari @ Amanz

Kamera aksi GoPro meningkat penggunaannya sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Selepas digunakan beberapa kali untuk selfie, ramai yang tidak lagi menggunakan GoPro mereka. Kami mengenali sekurang-kurangnya enam orang yang kini GoPro mereka mengumpul debu di rumah dan bukannya mengumpul video aksi berani mati. Kepada yang mempunyai kamera GoPro yang tidak berapa digunakan, anda mungkin boleh membeli kerangka Exo GP-1 untuk mengubahnya menjadi sebuah kamera kompak.

GoPro GP-1 2Kerangka ini direka untuk digunakan dengan kamera Hero 3 dan Hero 4. Apabila dipasang, saiz kamera GoPro kan menjadi lebih besar dan lebih menyerupai sebuah kamera analog kompak. Terdapat cold shoe untuk menambah aksesori, tambatan untuk tali kulit dan lubang skru untuk cagak tripod. Exo GP-1 masih mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dipesan pada harga bermula $245 (~RM 980) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd