YouTube Akan Diberikan Antaramuka Material Design – Ini Cara Mencubanya

YouTube Akan Diberikan Antaramuka Material Design – Ini Cara Mencubanya

Diterbitkan pada Mei 9, 2016 oleh .

Material design oleh Google memastikan kesemua rekaan laman dan aplikasi Google kelihatan sekata tanpa mengira platform. Ia diimplementasikan di Google Play Store dan antaramuka Android sejak Lollipop. Kini tiba giliran laman YouTube untuk menerima antaramuka berasaskan material design. Melalui rekaan baru ini, antaramuka laman kelihatan lebih kemas, bersih dan minimalis. Perbezaan sebelum dan selepas material design boleh anda lihat di bawah.

Youtube-Material-DesignAnda boleh mencubanya sekarang dengan mengikuti langkah di bawah. Pelayar Chrome dan tab incognito diperlukan bagi mengaktifkan rekaan material design ini.  Tidak diketahui bilakah antaramuka baru ini akan diaktifkan oleh Google. Apakah pendapat anda tentang rekaan baru ini? Pada hemat kami ia kelihatan sedikit kosong dan mungkin kami akan mengambil masa untuk membiasakan diri menggunakannya.

 


TIPS & ULASAN