Opera Memperkenalkan Aplikasi VPN Percuma Tanpa Had Untuk iPad Dan iPhone

Opera Memperkenalkan Aplikasi VPN Percuma Tanpa Had Untuk iPad Dan iPhone

Diterbitkan pada Mei 9, 2016 oleh .

Opera sebelum ini telah menyertakan sokongan VPN pada pelayar web desktop mereka, dan kini Opera Software turut hadir dengan sebuah aplikasi khusus untuk pengguna peranti iOS, dinamakan sebagai Opera VPN. Seperti biasa, melalui aplikasi ini, Opera mengatakan ia akan lebih melindungi privasi pengguna berbanding kebiasaan.

Opera VPN

Penggunaan aplikasi ini jgua turut membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan sosial dan laman web yang sering terhalang dibeberapa lokasi – seperti di kampus belajar mahupun tempat kerja.

Menggunakan aplikasi VPN, selain membolehkan mengakses pelbagai laman serta melindungi privasi, ia juga turut membuang pelbagai cookies pengiklanan yang sering mengikuti anda di web.

Aplikasi Opera VPN ini ditawarkan secara percuma kepada pengguna iOS, dan anda boleh mengaktifkannya dengan memuat-turun hari ini.

Muat-turun Opera VPN untuk iOS


TIPS & ULASAN