Cari @ Amanz

Lenovo mengesahkan mereka akan melancarkan peranti Project Tango pertama untuk kegunaan awam di Lenovo Tech World 9 Jun hadapan. Peranti yang masih belum diketahui namanya ini adalah peranti ketiga yang menggunakan teknologi Project Tango yang dibangunkan oleh Google. Dua peranti yang dihasilkan sebelum ini iaitu Peanut dan Yellowstone tidak dijual kepada orang ramai. Sebaliknya dijual untuk tujuan ujikaji dan kebolehgunaan teknologi pengesanan ruang 3D yang digunakan Project Tango.

Google Project TangoApa yang diketahui dari pengumuman di CES Januari lalu ialah peranti ini akan mempunyai saiz di bawah 6.4″ dan mensasarkan harga di bawah $500 sebuah. Project Tango menggunakan teknologi kamera dan pengesan ruang untuk membolehkan peranti mengesan kedudukannya  serta pergerakannya di dunia sebenar. Maklumat ketinggian dan saiz bilik diimbas oleh sistem kamera Project Tango. Ini membolehkan peranti menjadi alat navigasi di dalam bangunan tanpa memerlukan isyarat GPS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd