Jualan PC,Komputer Riba Dan Tablet Di Tahap Terendah Sejak 2011

Jualan PC,Komputer Riba Dan Tablet Di Tahap Terendah Sejak 2011

Diterbitkan pada Mei 10, 2016 oleh .

Selamat datang ke dunia pasca PC. Sekiranya anda masih tidak mahu percaya dunia sudah mula menjauhkan diri dari penggunaan komputer, data terkini dari firma penganalisa pasaran Canalys mungkin boleh meyakinkan anda. Menurut mereka jualan komputer, komputer riba dan tablet pada suku pertama 2016 mencecah angka terendah sejak suku kedua 2011. Pada suku pertama tahun ini ia mencatatkan penurunan 14% berbanding suku yang sama tahun lalu. Secara keseluruhan 101 Juta PC, komputer riba dan tablet terjual.

Canalys jualan PC 2016

Apple masih di tangga pertama namun mencatatkan penurunan jualan sebanyak 17%. Lenovo di tangga kedua dan perbezaan jualan berbanding Apple hanyalah sebanyak 25000. Satu-satunya berita baik bagi pengeluar PC ialah peningkatan jualan komputer tablet 2 dalam 1 yang meningkat 13%. Tablet terus menunjukkan penyusutan dengan pengurangan 15%. Kami sendiri sudah jarang menggunakan komputer selain di tempat kerja. Peranti pintar digunakan hampir sepenuhnya untuk melayari web, menempah tiket, mencari maklumat dan membaca e-buku. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda juga sudah hidup di dalam dunia pasca PC?

 


TIPS & ULASAN