Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini telah mengadakan acara media khas di China, dimana melaluinya mereka memperkenalkan telefon pintar terbaru selain perisian dan sistem operasi mereka yang terkini berasaskan kepada Android, iaitu MIUI 8.

Menurut Xiaomi, kini MIUI merupakan antara perisian yang digunakan secara meluas – diguna-pakai oleh lebih 200 juta pengguna seluruh dunia. Malah di China sendiri, MIUI adalah platform yang digunakan oleh ramai pengguna aktif berbanding penggunaan antaramuka lain.

Melalui Xiaomi MIUI 8, kini ia menawarkan sedikit kemaskini pada penggunaan warna – menjadikan ia tampak lebih ceria berbanding sebelumnya. Xiaomi turut mengatakan warna paparan akan berubah mengikut kepada perubahan cuaca, sekaligus membolehkan anda melihat pelbagai perubahan pada peranti berdasarkan apa yang berlaku disekitar anda.

Xiaomi MIUI 8

Xiaomi MIUI 8

Selain itu, Xiaomi turut melengkapkan MIUI 8 dengan pelbagai pilihan gambar latar yang lebih ceria dan cantik. Untuk tujuan ini, Xiaomi bekerjasama dengan lebih 50 rakan media untuk menawarkan gambar yang cantik kepada pengguna pada skrin kunci mahupun sebagai latar peranti.

Melengkapkan kemaskini baru ini juga adalah penggunaan font baru yang direka sepenuhnya oleh pihak Xiaomi – terutamanya untuk tulisan Cina, yang berjumlah lebih 27533 huruf.

Xiaomi MIUI8

Disamping antaramuka, pihak Xiaomi turut memfokuskan kepada pelbagai fungsi baru yang disertakan melalui MIUI8. Kini, pada bahagian galeri, pengguna boleh dengan mudah menambah lakaran pada gambar yang dirakamkan, mahupun menambah sticker dalam menjadikan rakaman gambar lebih menarik.

Xiaomi MIUI 8

Selain gambar, pengguna juga kini boleh menyunting terus video yang dirakamkan pada peranti mudah-alih tanpa perlu menggunakan komputer untuk tujuan berkenaan.

Xiaomi MIUI 8

Bahagian kamera juga tidak terhad untuk hanya merakamkan gambar sahaja. Melalui MIUI8, kini pengguna turut boleh menggunakan kamera untuk mengimbas masalah matematik, dan mendapatkan jawapan serta langkah-demi-langkah untuk penyelesaiannya.

Xiaomi MIUI 8

Untuk pengguna di China juga, Xiaomi MIUI8 membolehkan pengguna menggunakan kamera untuk mengimbas barangan fizikal, dan terus membuat tempahan untuk barangan berkenaan melalui atas-talian.

MIUI 8

Aplikasi Notes yang hadir terbina turut diberikan kemaskini – dan kini ia turut menawarkan paparan dalam bentuk grid, selain membolehkan pengguna melindungi nota mereka daripada dilihat pengguna lain melalui penggunaan pengimbas cap jari.

Pada bahagian sekuriti juga, MIUI8 kini boleh mengimbas dan mengenal-pasti mesej-mesej berbentuk scam. Ini memastikan pengguna tidak terdedah kepada pelbagai penipuan dan mungkin daripada terklik pautan yang berbahaya pada mesej.

MIUI 8

MIUI8 juga turut menyertakan sokongan Multi-Window Management, selain turut mengelak daripada pelbagai aplikasi dijalankan pada latar – sekaligus mengurangkan penggunaan tenaga dan juga lengah masa berlaku ketika menggunakan aplikasi lain. Pengguna turut boleh melakukan penjimatan tenaga ekstrim dengan mengaktifkan Power Saving Mode dimana ia akan menghentikan pelbagai aktiviti aplikasi pada latar dan menawarkan masa penggunaan telefon yang lebih lama.

MIUI8

MIUI 8

Versi pembangunan MIUI 8 akan menyokong Mi2, Mi 2S, Mi3, Mi4, Mi4c, Mi4S, Mi5 dan juga Mi Max – selain semua siri Redmi dan juga Mi Note. Xiaomi masih tidak berkongsi berkenaan bilakah MIUI8 versi global akan dilancarkan kepada umum.

MIUI8

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd