QQ Watch Dilancarkan – Jam Tangan Pintar Memfokuskan Kepada Keselamatan Kanak-Kanak

QQ Watch Dilancarkan – Jam Tangan Pintar Memfokuskan Kepada Keselamatan Kanak-Kanak

Diterbitkan pada Mei 10, 2016 oleh .

Tencent telah memperkenalkan QQ Watch pada tahun lepas, dan kini jam tangan pintar yang memfokuskan pengguna berusia bawah 12 tahun berkenaan turut telah dilancarkan secara rasminya untuk pasaran Malaysia. Dengan fokus terhadap keselamatan kanak-kanak, jam tangan pintar ini menawarkan beberapa ciri-ciri menarik melaluinya.

QQ Watch

QQ Watch hadir dengan sokongan GPS dan juga rangkaian selular bagi membolehkan para ibu bapa memantau lokasi semasa anak mereka dengan mudah. Seperti biasa, sebuah aplikasi khusus disediakan yang menawarkan kebolehan untuk ibu bapa memantau lokasi semasa anak mereka yang memakai jam tangan pintar berkenaan.

QQ Watch hadir dalam tiga pilihan warna, iaitu biru, merah jambu dan kuning serta menggunakan skrin bersaiz 1.22-inci. Sebuah kamera kecil bersaiz 3-megapixel turut diletakkan pada bahagian tepi jam tangan pintar ini bagi membolehkan ia digunakan untuk merakamkan gambar – memudahkan ibu bapa mengetahui keadaan sekitar anak mereka dengan mudah.

QQ Watch

QQ Watch

QQ Watch

Bateri pada QQ Watch dikatakan mampu bertahan sehingga 5 hari lamanya, dan ia turut hadir dengan ciri-ciri seperti memantau langkah perjalanan, berhubung dengan rakan di WeChat, selain turut berkomunikasi dengan ibu bapa melalui mikrofon terbina pada jam tangan pintar berkenaan.

QQ Watch dijual pada harga RM569 dan boleh didapati daripada cawangan Popular dan Watson seluruh negara bermula penghujung bulan Mei ini. Sebagai promosi pengenalan, jam tangan pintar berkenaan akan ditawarkan pada harga RM499.


TIPS & ULASAN