Xiaomi Memperlihatkan Mi Band 2 – Melancarkan iHealth Box

Xiaomi Memperlihatkan Mi Band 2 – Melancarkan iHealth Box

Diterbitkan pada Mei 10, 2016 oleh .

Xiaomi hari ini telah mengadakan acara khusus di China, melancarkan telefon pintar terbaru mereka dengan skrin bersaiz besar, iaitu Xiaomi Mi Max. Bersama-sama dengannya, mereka turut memperkenalkan antaramuka baru untuk sistem operasi mereka, iaitu MIUI8.

Xiaomi Mi Band 2

Bukan setakat itu sahaja, malah CEO Xiaomi turut secara ringkas memperlihatkan gelang tangan pintar terbaru mereka yang turut hadir dengan skrin paparan, dinamakan Mi Band 2. Buat masa ini, tarikh jualannya masih tidak diketahui. Berbeza dengan Mi Band sebelum ini, ia kini hadir dengan skrin paparan, dan semestinya ramai yang menantikan pengenalannya dan ingin mengetahui berapa lama masa bertahan baterinya.

Satu lagi aksesori yang diperlihatkan oleh CEO Xiaomi adalah Mi Powerbank terbaru yang hadir dengan kapasiti 10,000mAh dan hadir dengan port USB Type-C. Ia akan dijual di China pada harga RMB150 (~RM93).

Xiaomi Mi Powerbank

Dan akhir sekali, Xiaomi memperlihatkan salah satu produk keluaran Mijia, iaitu iHealth Box yang memfokuskan kepada memantau tekanan darah dan degupan jantung serta pada masa yang sama boleh menghantar data terus ke peranti mudah-alih melalui sokongan WiFi.

Xiaomi iHealth Box

Berdasarkan penawaran pihak Xiaomi di Malaysia sebelum ini, kita mungkin akan dapat melihat Mi Powerbank memasuki pasaran Malaysia lebih awal, sementara berkemungkinan tidak akan melihat iHealth Box generasi pertama ini ditawarkan di Malaysia. Mi Band 2 pula berkemungkinan akan memasuki pasaran Malaysia seperti sebelumnya, tetapi perlu menantikan pelancaran rasminya terlebih dahulu.


TIPS & ULASAN