Cari @ Amanz

Apakah yang boleh dilakukan dengan $2.8 Billion? Sekiranya anda berhati besar anda boleh mendermakannya ke arah kebaikan seperti menentang masalah keganasan militan. Sekiranya anda berhati kecil anda mungkin menggunakannya untuk menikmati hidup yang mewah sehingga tujuh generasi. $2.8 Billion (~RM 11.31 Billion) ialah jumlah saman yang diminta oleh VoIP-Pal kerana ke atas Apple.

Facetime-phone-appleMenurut mereka Apple telah menggunakan paten teknologi VoIP mereka di dalam aplikasi iMessage dan FaceTime. Mereka tidak pernah menerima sebarang bayaran atas teknologi yang dibangunkan sendiri oleh mereka. Di dalam writ saman yang sama, mereka mendakwa pernah cuba mendapatkan penyelesaian di luar mahkamah untuk penggunaan paten ini tetapi tidak diendahkan oleh Apple. Selain Apple BVoIP-Pal turut menyaman syarikat telekomunikasi Verizon dan AT&T kerana turut menggunakan paten tanpa kebenaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd