Cari @ Amanz

Disney Infinity ialah permainan aksi pengembaraan yang dihasilkan oleh Disney Interactive Studio sejak 2013. Ia kini memasuki versi 3.0 dan membolehkan pemilik memainkan watak-watak Disney kegemaran mereka di dalam dunia maya. Sekiranya anda meminati siri ini anda akan kecewa dengan berita hari ini. Disney Interactive Studio mengesahkan siri Disney Infinity akan dihentikan selepas Jun hadapan selepas dua pek permainan Alice Through The Looking Glass dan Finding Dory dijual.

Disney Infinity cover 2Disney Infinity dihentikan kerana faktor kewangan. Tahun demi tahun jumlah pemain berkurangan sebanyak 8% dan kos penghasilan permainan dan figura aksi yang perlu dibeli semakin bertambah.  Pada waktu yang sama Avalanche Studios yang membangunkan permainan ini akan ditutup. Seramai 300 kakitangan akan kehilangan kerja akibat penutupan ini. Dengan penghentian siri ini, Disney akan hanya menjual hak penggunaan watak milik mereka kepada pembangun permainan komputer di masa hadapan. Mereka mungkin raja filem adiwira dan taman tema, tetapi di dalam dunia permainan komputer mereka masih belum menemui kejayaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd