Final Fantasy X/X-2 HD Remaster PC Disahkan Bersama Dengan Spesifkasi Yang Diperlukan

Final Fantasy X/X-2 HD Remaster PC Disahkan Bersama Dengan Spesifkasi Yang Diperlukan

Diterbitkan pada Mei 11, 2016 oleh .

Final Fantas X dan X-2 ialah dua permainan yang mendapat sambutan hangat pada konsol Sony PlayStation 2 pada tahun 2001. Sambungannya Final Fantasy X-2 turut mendapat sambutan yang sama apabila dijual pada tahun 2003. Kerana kepopularannya ia dihasilkan semula untuk PlayStation 3 dan PlayStation 4. Secara keseluruhan lebih daripada 14 Juta salinan kedua-dua permainan ini berjaya dijual. Kepada pengguna PC, penantian selama 15 tahun akan berakhir 13 Mei ini apabila Final Fantasy X/X-2 HD Remaster PC akan dijual menerusi STEAM. Berita bertambah baik kerana spesifikasi PC untuk menjalankan permainan ini adalah rendah dan kami yakin mampu dimainkan pada kebanyakan PC di pasaran sekarang.

Final-Fantasy-X2-Remaster-PC-2

Spesifikasi Final Fantasy X/X-2 HD Remaster
Pemproses Paling Minimum  Pemproses 2 GHz Dua Teras
Pemproses Disarankan Pemproses 2.4 GHz Empat Teras
Kad Grafik Paling Minimum NVIDIA Geforce 9600GT VRAM 512MB

ATI Radeon HD 2600XT VRAM 512MB

Kad Grafik Disarankan NVIDIA Geforce GTX 450

AMD Radeon HD 5750 512MB

RAM Paling Minimum 1 GB
RAM Disarankan 2 GB
Ruang Pemasangan 37 Gigabyte Minimum

40 Gigabyte Maksimum

Sistem Operasi Windows Vista, 8.1 dan 10

 


TIPS & ULASAN