Permainan Need For Speed Baru Sedang Dibangunkan – Akan Hadir Pada 2017

Permainan Need For Speed Baru Sedang Dibangunkan – Akan Hadir Pada 2017

Diterbitkan pada Mei 11, 2016 oleh .

Beberapa siri Need for Speed sebelum ini telah menerima maklumbalas negatif daripada pengguna, dan pihak pembangunnya telah berusaha untuk menepati apa yang diinginkan oleh komuniti Selepas permainan baru yang dilancarkan tahun lepas, kini mereka dalam pembangunan untuk permainan baru yang akan membawakan kembali permainan genre lumba kereta ini ke PC dan konsol.

Permainan baru ini dijangka dilancarkan secara rasminya pada tahun 2017 kelak, dan dikatakan akan berteraskan kepada apa yang telah dibangunkan dan dilancarkan pada tahun lepas.

Menurut pembangunnya, mereka akan mula mendapatkan maklumbalas daripada komuniti berkenaan dengan idea dan sebagainya sepanjang pembangunan permainan baru ini. Seperti sebelum ini, Ghost akan membangunkan permainan generasi baru ini yang mana bakal membawakan permainan lumba kereta setapak kehadapan dengan grafik dan kaedah permainannya.


TIPS & ULASAN