webe Melancarkan Aplikasi webe850 Dalam Usaha Untuk Memasarkan Jenama Telekomunikasi Baru

webe Melancarkan Aplikasi webe850 Dalam Usaha Untuk Memasarkan Jenama Telekomunikasi Baru

Diterbitkan pada Mei 11, 2016 oleh .

Packet-One atau nama popularnya P1 telah menjenamakan semula syarikat mereka kepada webe pada bulan lepas, dan kini dalam meneruskan momentum untuk orang kekal bercakap mengenai mereka, webe telah memperkenalkan promosi terbaru mereka, webe850.

Melalui webe850, ia merupakan sebuah aplikasi yang digunakan oleh pengguna untuk mengimbas kod QR pengguna lain dalam mendapatkan mata ganjaran – selain turut boleh ditambah dengan mengimbas bahan promosi webe850, serta memainkan permainan yang hadir terbina padanya.

webe850

webe mengatakan mereka akan menawarkan langganan data percuma untuk setahun bagi pemenang, dan mereka akan dihubungi untuk mendaftar pelan telekomunikasi pada 1 Julai 2016 kelak. Disamping pelan telekomunikasi, beberapa hadiah lain turut disediakan oleh webe.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi webe850 untuk Android dan iPhone, sekaligus mula mengimbas kod QR rakan-rakan anda yang lain. Mungkin kita akan melihat kod QR lebih popular di Malaysia hasil daripada promosi webe ini.

Muat-Turun webe850 untuk Android

Muat-Turun webe850 untuk iPhone


TIPS & ULASAN