Honor Band SS Kini Di Malaysia – Menawarkan Tali Jam Yang Lebih Bergaya

Honor Band SS Kini Di Malaysia – Menawarkan Tali Jam Yang Lebih Bergaya

Diterbitkan pada Mei 11, 2016 oleh .

Honor Band Z1 telah mula ditawarkan di Malaysia sejak daripada tahun lepas, dimana merupakan jam tangan pertama dibawah jenama Honor yang dipasarkan di Malaysia dan hadir menggunakan sistem operasi tersendiri. Kini, satu lagi variasi Honor Band telah mula ditawarkan di Malaysia, iaitu Honor Band SS.

honor Band SS

Honor Band SS hadir dengan rekaan jam yang lebih kurang sama, tetapi ia menawarkan rekaan yang lebih premium serta penggunaan tali jam yang lebih panjang dan bergaya. Dua variasi jam ditawarkan, iaitu sepanjang 390mm dan juga 430mm.

Seperti jam tangan pintar lain, Honor Band SS menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 14 jam, serta boleh digunakan untuk memantau gerakan, melihat data ketika tidur dan juga bacaan kalori.

Honor Band SS ini boleh digunakan bersama-sama peranti Android dan juga iOS. Honor Band SS boleh didapati melalui VMall pada harga RM399.


TIPS & ULASAN