Cari @ Amanz

Western Digital telah mengumumkan pengambil-alihan SanDisk pada tahun lepas, yang mana mencecah nilai sebanyak RM81.6 bilion. Seperti biasa, pelbagai pengambil-alihan syarikat akan melalui proses pengesahan daripada pemilik saham dan juga badan berkuasa, dan kini selepas melaluinya, secara rasminya SanDisk telah menjadi salah satu anak syarikat Western Digital.

Dengan pengambil-alihan ini juga, ia sekaligus menjadikan Western Digital sebagai pengeluar storan yang lebih besar berbanding sebelumnya. SanDisk sedia terkenal dengan penawaran mereka untuk pemacu USB dan juga kad memori. Disamping itu, mereka juga turut menawarkan ruangan storan untuk komputer riba dan beberapa komponen memori yang digunakan dalam peranti mudah-alih.

Pengambil-alihan ini juga turut memperluaskan portfolio pihak Western Digital, sekaligus memperkukuhkan kedudukan mereka dalam arena penawaran storan. Walaupun diambil-alih, jenama SanDisk masih akan dikekalkan seperti biasa.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd