Cari @ Amanz

Samsung Electronics hari ini telah memperkenalkan penawaran baru dibawah kategori memori, iaitu kad mikro-SD terkini EVO Plus dengan kapasiti storan sehingga 256GB. Perkara ini sekaligus menjadikan ia sebagai kad mikro-SD dengan kapasiti terbesar dengan kepantasan yang sesuai untuk rakaman video mahupun untuk memperluaskan ruangan storan pada peranti mudah-alih.

Samsung EVO Plus 256GB

EVO Plus 256GB ini menggunakan teknologi V-NAND terkini, menawarkan kelajuan membaca 95MB/s dan menulis sehingga 90MB/s.

Dengan kepantasan dan ruangan storan bersaiz besar ini, kad memori ini sangat sesuai untuk digunakan pada dron untuk merakamkan video, mahupun digunakan untuk tujuan rakaman video 360-darjah ataupun merakamkan video 4K. Samsung mengatakan ia mampu merakamkan video 4K sehingga 12 jam lamanya, atau menyimpan video HD penuh selama 33 jam.

Kad memori EVO Plus 256GB ini hadir dengan jaminan terhad selama 10 tahun, dan akan dijual pada harga $249.99 (~RM1011) bermula bulan Jun kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd