Microsoft Akan Membuang Fungsi Perkongsian Kata Laluan WiFi Pada Windows 10

Microsoft Akan Membuang Fungsi Perkongsian Kata Laluan WiFi Pada Windows 10

Diterbitkan pada Mei 11, 2016 oleh .

Microsoft telah memperkenalkan sokongan Wi-Fi Sense pada Windows Phone dan seterusnya telah membawa fungsi sama kepada Windows 10 sebelum ini. Melalui Wi-Fi Sense, ia membolehkan pengguna berkongsi kata laluan Wi-Fi yang digunakan oleh mereka bersama-sama rakan mereka dengan mengaktifkannya.

Fungsi berkenaan telah menerima reaksi negatif daripada ramai pengguna – walaupun ia boleh dinyah-aktifkan. Kini, Microsoft mengatakan melalui kemaskini Windows 10 Anniversary Update akan datang, mereka akan membuang fungsi berkenaan.

Microsoft mengatakan fungsi berkenaan tidak digunakan oleh ramai pengguna, dan kos mengemaskini dan memastikan ia kekal berfungsi seperti tidak berbaloi. Disebabkan oleh ini, Microsoft akan membuang fungsi berkenaan melalui kemaskini Windows 10 akan datang yang dijangka hadir sekitar penghujung Julai kelak.

Bagi anda, adakah anda menggunakan fungsi Wi-Fi Sense ini, ataupun anda turut nyah-aktifkan fungsi ini pada komputer Windows 10 anda seperti ramai pengguna yang lain?


TIPS & ULASAN