Firefox Test Pilot Membolehkan Anda Menguji Fungsi Baru Mozilla Firefox Sebelum Ia Dilancarkan

Firefox Test Pilot Membolehkan Anda Menguji Fungsi Baru Mozilla Firefox Sebelum Ia Dilancarkan

Diterbitkan pada Mei 11, 2016 oleh .

Pelbagai syarikat teknologi sering menawarkan kemudahan untuk pengguna menguji fungsi-fungsi baru melalui versi beta dan sebagainya. Mozilla turut tidak ketinggalan, dan terkini selain penawaran versi beta dan pembangunan, mereka turut memperkenalkan Firefox Test Pilot.

Melalui Firefox Test Pilot, ia membolehkan para pengguna menguji fungsi-fungsi yang bakal hadir ke pelayar web Mozilla Firefox tidak lama lagi. Ini sekaligus memberikan kebolehan kepada pengguna menguji fungsi berkenaan sebelum ia dilancarkan kepada umum dan mendapatkan maklumbalas awal berkenaan dengannya.

Firefox Test Pilot

Bersama-sama dengan pengenalan Firefox Test Pilot, kini pengguna boleh menguji sebanyak tiga fungsi baru, iaitu Activity Stream, Tab Center dan juga Universal Search.

Melalui Activity Search, ia membolehkan penguna melihat halaman utama yang direkabentuk semula, termasuk paparan sejarah pelayaran yang lebih baik berbanding sebelumnya. Ia juga turut memaparkan hightlights untuk apa yang mungkin anda ingin layari.

Untuk Tab Center pula, ia memaparkan halaman tab yang dibuka pada bahagian tepi kanan. Ini sekaligus memberikan pengalaman yang berbeza berbanding kebiasaannya yang dipaparkan pada bahagian atas.

Dan akhir sekali, adalah fungsi Universal Search yang memberikan anda carian dan cadangan yang sesuai ketika anda mula menaip pada bar alamat di Firefox.

Ketiga-tiga fungsi ini boleh diuji melalui Firefox Test Pilot hari ini. Bagi anda yang berminat, anda hanya perlu memuat-turun pemalam Firefox Test Pilot hari ini dan menggunakannya bersama pelayar web Mozilla Firefox.

Layari : Firefox Test Pilot


TIPS & ULASAN