Cari @ Amanz

Tidak lama sebelum ini, kita telah melihat antaramuka baru Instagram tertiris dan diuji secara meluas oleh pihak Instagram. Hari ini, perkara berkenaan diperkenalkan secara rasminya oleh Instagram, bersama-sama dengan penjenamaan dan ikon baru aplikasi mereka.

Instagram

Melalui antaramuka baru, kini Instagram menggunakan rekaan antaramuka berwarna hitam dan putih serta lebih ringkas – sekaligus membolehkan para pengguna memfokuskan kepada gambar-gambar yang dikongsikan oleh rakan-rakan.

Disamping itu, kini Instagram menggunakan ikon kamera yang berbeza berbanding sebelumnya, serta menggunakan rekaan ikon yang selari dengan aplikasi mereka yang lain seperti Layout, Boomerang dan Hyperlapse.

Instagram Ikon

Kemaskini baru ini diperkenalkan secara rasmi kepada semua pengguna Instagram di Android dan iPhone bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd