Cari @ Amanz

Microsoft telah mengambil-alih aplikasi kalendar popular, Sunrise tidak lama sebelum ini, dan hari ini mereka mengumumkan akan menamatkan aplikasi berkenaan pada 31 Ogos 2016 kelak. Aplikasi berkenaan akan dihentikan sepenuhnya pada tarikh berkenaan dan tidak lagi akan ditawarkan untuk peranti iOS mahupun Android.

Sunrise Android

Aplikasi Sunrise ini ditamatkan memandangkan Microsoft sendiri telah mengatakan sebelum ini yang mana ia akan diintegrasikan kedalam Outlook.

Microsoft mengatakan mereka akan mengintegrasikan pelbagai fungsi menarik Sunrise terus ke aplikasi Outlook, sekaligus memudahkan lagi pengurusan pengguna untuk kalendar dan emel mereka menggunakan satu aplikasi sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd