Carian
Kemaskini Marshmallow Asus Zenfone 2 Laser Membuang Puluhan Aplikasi Gendut
May 12, 2016 Effi Saharudin

Keluarga Asus Zenfone 2 memberikan kemampuan kamera yang baik, pemproses yang berkuasa dan rekaan yang unik pada harga yang kompetitif.  Kami ada mengulas beberapa peranti di dalam keluarga Zenfone 2 dan berpuasa hati dengan kemampuannya. Tetapi ada satu perkara yang agak menjengkelkan tentang peranti Asus dan ia adalah puluhan aplikasi gendut yang terpasang.

Asus Zenfone 2 Laser -IMG_9737Aplikasi-aplikasi ini berguna kepada mereka yang gemar dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Asus seperti Asus BackUp. Sekiranya tidak digunakan aplikasi-aplikasi ini tidak boleh dinyahpasang dan mengambil ruang storan di dalam peranti. Asus Zenfone 2 Laser (ZE500KL) sudah mula menerima kemas kini Marshmallow di beberapa pasaran dunia. Berita baik yang diterima ialah dengan kemas kini ini puluhan aplikasi gendut yang terpasang tidak lagi wujud. Senarai aplikasi yang kini tidak lagi wujud adalah seperti di bawah. Kebanyakan aplikasi yang tidak lagi wujud ini kini digantikan dengan aplikasi Google seperti Google Calendar. Kepada pemilik Zenfone 2 Laser di Malaysia, apakah pendapat anda tentang pembuangan aplikasi-aplikasi di bawah?

  1. ASUS Backup
  2. Asus Calendar
  3. Asus Email
  4. Asus Messaging
  5. Data Transfer
  6. Safety
  7. eye
  8. EZ Ding
  9. Google+
  10. iReader
  11. Mirror
  12. Omlet
  13. Party Link
  14. PC Link
  15. Photo Frame
  16. Puffin Browser
  17. Remote Link
  18. TripAdvisor
  19. What’s Next
  20. Yahoo Shopping
  21. Zinio
Komen