Carian
Facebook 360 Photos Akan Mengubah Panorama Menjadi Gambar 360 Darjah
May 12, 2016 Effi Saharudin

Fungsi mengambil gambar panorama sudah menjadi fungsi piawai di dalam kesemua peranti pintar di pasaran sekarang. Ia membolehkan gambar diambil secara mendatar bagi memberikan sudut pemandangan yang lebih luas. Di waktu ini gambar panorama yang diambil sukar dikongsi di media sosial kerana hanya kelihatan memanjang dan kecil apabila ditonton pada peranti pintar. Facebook akan memperkenalkan 360 Photos dan ia akan mengubah bagaimana gambar panorama dilihat di laman mereka.

facebook-360-photos-2Menerusi 360 Photos, gambar panorama akan diubah secara automatik menjadi gambar 360 darjah seakan Google Photosphere. Pengguna kemudian boleh menggerakkan gambar bagi melihat sekeliling terus dari aplikasi dan laman Facebook. 360 Photos juga menyokong penggunaan Samsung Gear VR bagi membolehkan gambar yang diambil ditonton menggunakan peranti realiti maya ini. Fungsi ini akan diaktifkan dalam masa beberapa minggu. Untuk menyokong fungsi ini, peranti anda perlu menggunakan sekurang-kurangnya Android 4.2 dan iOS 6.

Komen