Cari @ Amanz

Samsung Gear VR ialah antara peranti realiti maya yang paling popular di pasaran. Peranti berteknologi Oculus ini kini dilaporkan mempunyai 1 Juta pengguna aktif setiap bulan. Sebanyak 250 aplikasi kini telah dihasilkan untuk Gear VR. Sebuah lagi statistik menarik ialah secara purata pemilik Gear VR menggunakan peranti mereka selama 25 minit sehari. Sebanyak 80% pengguna mengaku menggunakannya hanya untuk menonton video.

Samsung Gear VRPihak Oculus turut mengumumkan mereka akan memberikan kemas kini ke atas antaramuka Oculus Home Screen. Kemaskini akan menunjukkan aplikasi-aplikasi baru dengan lebih mudah. Berapa ramaikah dikalangan pembaca Amanz memiliki Gear VR? Adakah anda menggunakannya kerap?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd