(Ura-Ura) Apple iPhone 7 Plus Bakal Hadir Dengan Dwi-Kamera Belakang Dan Memori 3GB RAM

(Ura-Ura) Apple iPhone 7 Plus Bakal Hadir Dengan Dwi-Kamera Belakang Dan Memori 3GB RAM

Diterbitkan pada Mei 12, 2016 oleh .

Apple pada setiap tahun memperkenalkan kemaskini kepada keluarga telefon pintar mereka, dan pada tahun ini, mereka dijangka memperkenalkan iPhone 7 dengan pelbagai kemaskini spesifikasi. Disamping iPhone 7, pihak Apple turut dijangka memperkenalkan satu lagi variasi bersaiz sedikit besar, iaitu iPhone 7 Plus.

iPhone 7 Dwi-Kamera

iPhone 7 Plus ini dijangka membawakan saiz skrin seperti sebelumnya, iaitu 5.5-inci dan dikatakan akan menggunakan memori 3GB RAM. Salah satu sebab memori tinggi diperlukan pada iPhone baru ini adalah kerana keperluan mengoperasi pemprosesan imej yang dirakam menggunakan kamera belakangnya.

Seperti diperkatakan beberapa kali sebelum ini, iPhone 7 Plus dijangka membawakan dwi-kamera belakang – sekaligus bakal hadir menawarkan kaedah rakaman yang berbeza.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah implementasi dwi-kamera pada iPhone 7 akan berfungsi. Sebelum ini, HTC turut telah menggunakan dwi-lensa dibelakang dimana lebih digunakan untuk merakamkan data tambahan untuk memudahkan pemfokusan gambar dilakukan pada kemudian masa. Huawei pula menggunakan dwi-sensor dimana satu merakamkan gambar berwarna dan satu berwarna hitam-putih – sekaligus menjadikan hasil rakaman akhir lebih baik lagi.

Desas-desus terbaru ini hadir daripada Ming-Chi Kuo yang telah hadir dengan beberapa maklumat berkaitan iPhone sebelum ini.


TIPS & ULASAN