Google Translate Kini Memudahkan Pengguna Membuat Terjemahan Pada Mana-Mana Aplikasi Di Android

Google Translate Kini Memudahkan Pengguna Membuat Terjemahan Pada Mana-Mana Aplikasi Di Android

Diterbitkan pada Mei 12, 2016 oleh .

Google Translate adalah salah satu aplikasi yang sangat berguna untuk ramai pengguna, dimana ia menawarkan kemudahan untuk terjemahan pada pelbagai jenis bahasa berbeza, disamping turut hadir dengan beberapa fungsi tambahan seperti boleh terjemah melalui kamera, mahupun melalui input suara.

Kini, Google terus menambah pelbagai ciri-ciri menarik, dan terbaru mereka mengumumkan fungsi Tap To Translate pada Android.

Melalui fungsi ini, ia lebih memudahkan pengguna membuat terjemahan pada sebarang aplikasi di Android – dan anda tidak lagi perlu untuk menyalin teks dan menterjemah secara manual pada aplikasi Google Translate.

Google Tap To Translate

Kini, dengan aplikasi terbaru Google Translate, pengguna hanya perlu tap seketika pada sebarang teks yang ingin diterjemah, memilihnya, dan menekan butang Copy. Ikon Google Translate akan diperlihatkan secara automatik, dan dengan menekannya anda boleh lakukan terjemahan dengan serta-merta tanpa perlu meninggalkan aplikasi berkenaan.

Disamping fungsi Tap To Translate ini, Google juga kini menyertakan sokongan Word Lens dalam bahasa Cina, memudahkan pengguna membuat terjemahan terus menggunakan kamera.

Google Word Lens

Google Translate untuk iOS juga tidak dilupakan, dan sokongan luar-talian telah disertakan padanya.


TIPS & ULASAN